14 November 2015

KE JOHOR BAHRU JUMPA MAKWE DAN TOK ABAH



Akak meneruskan perjalanan dari Sedenak ke Johor Bahru. Ada yang menanti kami di sana. Mak we dan Tok abah. Sudah lama tidak jumpa. Sebelum ini kami tinggal di Sungai Petani. Sebab itu susah hendak jumpa.



Makwe dan atok adalah keluarga sebelah ayah diaorang. Walaupun momee dan ayah sudah berpisah. Rasanya tanggungjawab kita untuk bawa anak-anak berjumpa dengan makwe dan atok. Supaya mereka tahu mereka masih ada makwe dan atok.

Sampai di Johor Bahru, hujan menyambut kami...hiii. What to do? Rezeki Allah. Kami tinggal selama 3 hari. Pecah rumah orang tua di buatnya. Kucing di uli macam tepung. Makan tidak berenti itu lah anak emak.

Ok bai

No comments:

Post a Comment