05 August 2015

Raya tanpa Ayah

Assalamualaikum

Tahun ini adalah kali ketujuh anak-anak raya tanpa ayah. Alhamdullilah anak-anak sudah boleh menyesuaikan diri. Kali pertama dia orang sedih juga. Lama kelamaan makin biasa. Aku kena kuat mengunakan psikologi. Menerangkan hal satu persatu. Walaupun akak pun macam orang gila nak menerima keadaan. Allah bagi akak kekuatan untuk tempuh semua ini. Ada hikmah di sebalik yang berlaku. Melihat gambar akak dan anak-anak yang sedang membesar ini.. akak rasa kesabaran akak memainkan. semua lelaki.. berperang juga lah



Akak tidak boleh fikir pasal diri sendiri sahaja..priority anak-anak. Semalam masa berbincang dengan group whatapp diaorg tanya macam mana akak handle anak-anak akak sensorang. Haaa..haaa
Fuuhh jawapan apa hendak akak bagi..

Ok lah dalam blog ini akak mengaku akak garang..
Dalam mendidik anak-anak dalam zaman yang mencabar ni.. buku panduan mendidik anak-anak tu hanya 5% jer akak pakai.. nape..
Ini realiti bukan fantasi bulan madu.. pengalaman sahaja yang boleh kita gunakan

Situasi akan datang secara ad hoc. Terutama dengan anak yang sulung. Dia berusia 15 tahun. Setiap perbuatan kadang-kadang luar dari pemikiran orang besar. Pengaruh kawan-kawan dan persekitaran menjadikan ianya lebih mencabar. But im still his good friend.. kalau buat salah kena marah juga.

Untuk yang si kembar.. hanif dan haris...sebab pandai macam-macam lah dia nak cuba. Pernah beberapa kali rumah nak meletop antara yang tidak boleh di lupakan.. sembur aresol kat lauk sedang mendidih atas dapur.. korang rasa apakah yang terjadi? Menyembur api besar almost memeletopkan dapur dan paling haru..lauk seperiuk mak buang..huuu
Apa lagi kena luku pala lah lepas tu... sekarang duduk diam-diam kat sekolah tu belajar bahasa jepun..

Adik pulak.. taiko paling besar in the family...


Chicky face

Budak 7 tahun boleh arahkan budak 13 tahun dan 15 tahun dengar cakap dia. Macam mana tu... kalau main perang-perang dia arahkan abang dia itu ini... mak gelak dalam hati. Boleh pulak si abang-abang ini dengar arahan si adik.. kelakar

Tapi akak beritahu ini.. perkara penting yang kita harus ada dalam mendidik anak-anak...
1. Solat
2. Displin
3. Kasih sayang
4. Sabar
5. Doa
6. Makanan halal
7. Kalau marah jangan menyumpah perkataan tidak elok.. bodoh binatang, bangang dan lain.. sebab itu doa
8. Bagi perhatian setiap perbuatan dan percakapan mereka

Ada lagi sebenarnya nanti update lagi

Ok bai

2 comments:

  1. 4 jejaka...sama macam kakcik juga. Tapi sibongsu kakcik dah 14 tahun usianya. Siapa tak sayang anak, kan? Namun ketegasan itu mmg perlu...

    ReplyDelete
  2. Semoga akak akan terus tabah dan kuat dlm mendidik mereka.. you are supermom! 4 hero sekali handle tu.. :D

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...