03 May 2015

kena rompak..omg... mari kita doakan dia menjadi manusia lebih baik amin

assalamualaikum

sedih pun ada... geram pun ada..tapi akak kena bertindak secara positive..

petang tadi my beg akak kena curi. dalam tu ada tab. purse, ic akak dan anak. sedih memang sedih lah banyak benda penting dalambeg tu terutama tab.
dalam tab itu banyak info pasal transaction orang nak beli buku. alamat diaorang..
kejadian tu masa nak gi kedai beli barang .. tinggal kan beg bawah sit. sbb rasa macam kejap jer.. dalam 10min.. dah nak jadi dan kecuian sendirikan.. alhamdullilah dalam tu takde duit.. sbb baru nak gi keluar duit.. dalam purse ada rm3.00 shj.

mungkin dia susah..tu sebab dia kena mencuri.. saya tak sumpah dia.. saya hanya doakan dia berubah menjadikan dia lebih baik. dan saya halalkan setiap apa yang dia curi dari saya. sebab salah saya juga sebab cuai.. sebab saya hanya manusia biasa.. saya redakan hati dan serah sepenuhnya kepada allah
kawan-kawan insyalah doakan terbaik untuk dia dan berubah jadi baik

insyallah lepas ni dia akan dapat pekerjaan yang baik tak perlu merompak lagi

amin ya allah amin ya raballalamin

balik rumah benda pertama akak buat ialah  report bank card. duit orang dalam tu banyak. no, 2 tukar semua password. fb, twitter, ig dan google. tak lupa info kawan2 dalam group whatapp terutama kbba.. takut jugakan kena spam. tetiba fb ada gambar tak semenggah.. hancus..

alhamdulillah settle

esok baru nak buat report polis untuk buat i/c.. alhamdullillah international passport kat tempat lain.. cermin mata hitam ku di mata.. alhamdullilah..

ya allah walaupun byk benda yang hilang..a da juga benda yang masih selamat.. amin ya allah.. allah bagi warning kat akak.. insyallah akan baiki diri jadi yang lebih baik

insyallah

ok bai

2 comments:

  1. takpe kak..semua benda ada hikmahnya. InsyaAllah Allah gantikan dengan yang lebih baik bila kita sentiasa sabar dan tabah bila di uji. we, KBBA will always with u kak zura. aminn~

    senyummm sikit... (^____^)

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah orang tu dah pulangkan semula

    ReplyDelete