02 June 2014

Membuat pasta lasagna

Assalamualaikum

Lasagna berasal dari Itali.. dan berkembang keseluruh dunia sampailah ke Malaysia. sebab ramai yang suka dengan makan barat ni.. dia sedap macam spagethi lah.. tapi dia ni bakar.. sikit jer lain .. jom kiter buat pasta dulu kemudian kita buat lasagna.

cara ini ihsan dari MR GOOGLE...saya mengunakan resepi ini. ada juga resepi lain tapi resepi ini lagi mudah www.bonappetit.com/ terima kasih yer.. 



Bahan

375gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
4 biji telur
tepung gandum untuk elakkan tepung melekat




1. masukkan telur di tengah-tengah  tepung




2. gaulkan semua semua bahan mengunakan garfu


3. gaulhingga boleh di uli


4. ambil doh tadi dan uli di atas tempat yang leper.. 
kalu melekat letakkan tepung


5. tutup dengan plastik dan rehatkan sebentar


6. rehat lebih kurang 10min dan bahagikan doh kepada 4 bahagian


7. leperkan mengunakan tangan


8. putarkan kedalam machine mee atau pasta .. utk kali pertama


9. leperkan lagi


10. letakan atas talam yang telah di taburkan tepung



11. rebus pasta tadi
12. rebus hingga pasta tadi terapung di permukaan


13. tapis.. (credit to FXcuisine.com)

ok bai

No comments:

Post a Comment