13 April 2013

Baked macaroni with cheese


Assalamualaikum,

dinner malam ini Baked macaroni with cheese. Request dari anak2. tak sampai setengah jam habis. Berantu cheese budak2 ini. Mak pulak tukang layan. Saya pun suka tengok dia org makan. try mudah dan murah jika kita buat sendiri. anak yg ramai klu nak makan di pizza hut aduh kempis poket jadinya. klu kita masask sendiri, anak2 makan air tangan kita. sambil masak sambil baca doa dan zikir.. insyallah



macaroni yang ready untuk dimakan




macaroni yang telah siap dibakar

Baked macaroni with cheese

bahan:-
1/2kg macaroni -rebus hingga kembang
200gm cheddar cheese - diparut
250gm mozarella cheese - diparut
1 sudu teh lada hitam kisar
1 tin cream soup kimball
200gm daging ayam dicincang
1 ulas bawang besar di mayang halus
3 ulas bawang putih
2 sudu besar butter
garam secukup rasa
air

cara:-
1. tumis bawang putih dan merah
2. masukkan ayam goreng sebentar dan masukkan lada hitam
3. masukkan cream soup kimball + air sebanyak tin soup tadi- kacau
4. masukkan macaroni dan gaul rata
5. angkat dari dapur masukkan cheddar cheese dan kacau
6. secepat mungkin masuk kedalam loyang pembakar
7. taburkan mozarella cheese dan bakar selama 1/2 jam atau cheese tukar ke warna
keemasan..

blh makan.. sedap