06 May 2013

Brownies

Assalamualaikum..

Hari ini saya hendak share macam mana hendak buat brownies. resepi ini untuk yang baru hendak buat brownies.  Mudah sahaja. Saya ambil resepi ini dari joy of baking.


untuk minum petang bersama tea panas

bahan:-

150gm coklat masakan  potong dadu.. mudah utk cair
113gm butter
15gm serbuk koko
200gm  gula perang – gula castor pun boleh
1 sudu the esen vanilla
3 biji telur A
100gm tepung gandum
Secubit garam
50gm kacang hazel

Cara:-

1.       Oven perlu panas. dan bekas pembakar perlu disapu marjerin dan dialas dgn kertas minyak.
2.       Cairkan coklat dan butter  mengunakan teknik double boiler – biar sejuk.
3.       Pukul telur  dan esen vanilla
4.       Masukkan tepung, garam dan kacang kacau rata.
5.       Masukkan coklat dan butter tadi kacau rata
6.       Bakar 25-30 min bergantung pada oevn masing.
7.       Biar sejuk baru hidangkan..
selamat mencuba







SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...