04 November 2012

Rainbow Cake with cheese frosting

Assalamualaikum,

Mai tengok kek ni... pasti ada yg menelan air liur hendak rasa... mari kita buat



wajah kek yang belum di icing

 kek yang telah disapu bedak..


kek yang telah siap dipotong.. cantikkan dalamnya

Kek rainbow.. saya suka sebab byk colour-colour.. 

saya akan bagi pilihan kepada customer memilih jenis kek sponge atau butter cake.. sponge kek lebih lembut dan spongeee. kalau butter cake tengok bahan yang kita guna adakala boleh jadi keras dan moist.. saya suka buttercake yang moist .. saya akan letak susu cair.. sedap lemak berkrim

hari ni saya bagi resepi Rainbow butter cake

Rainbow buttercakes

bahan 

500gm butter
360gm gula castor
8 biji telur
440gm superfine/tepung kek - saya guna tepung gandum
60gm susu cair
2 sudu teh vanilla esen
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 teh serbuk koko
1 sudu teh 6 jenis warna - merah, oren, kuning, hijau, purple dan biru

cara-
1. panaskan oven
2. 6 biji loyang yang telah dialas dgn kertas minyak dan disapu butter/ marjerin.. loyang 6 inci
3. ayak tepung, serbuk penaik dan serbuk koko
4. pukul butter separuh kembang dan masuk guka pukul sampai kembang
5. masuk telur satu persatu
6. masukkan tepung berselang seli dgn susu.. mulakan dengan tepung diakhir dgn tepung yea..
7. bahagi kepada 6 bahagian.. setiap satu beratnya adalah lebih kurang 225gm
8. setiap bahagian digaul dengan warna tadi.. bakar jangan terlalu lama takut hanguih  pahit lak jadi cake tu..

biar sejuk

Icingnya terpulang kepada pilihan kita.. wipping cream, butter icing or cheese frosting

i try many of them i like cheese frosting...

cheese frosting

bahan:-
1 bar/250gm cream cheese
1/2 teh perisa lemon or lemon juice..
1 sudu teh esen vanilla
100 gm gula icing ayak tau klu tak berketul
200gm wipping cream


cara

1. pukul cream cheese dahulu sampai creamy..
2. masukkan esen dan gula icing  pukul rata
3. masukkan wipping cream jangat over beat yeaa cukup sampai dia keluar muncungnya yg tajam
4. sejukkan cream ni lebih kurang 1/2 jam dlm peti sejuk.

rasa sedap tak.. sedap .. lemak berkrim

selepas 1/2jam kita sapukan icing pada lapisan pertama hingga last.. cover semua.. masukkan dlm peti sejuk utk 2 jam.. keluarkan barula kita cover semua.. dah boleh makan..

sabar kena banyak sabar dalam membuat kek ni... tapi hasilnya anda pasti puasa hati lepas potong sebab tengok color yg sangat cantik





r

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...