Resepi ni originly say gun untuk mengajar pelajar yang datang kepada saya. Jika ada masalah anda boleh email kepada saya.. saya akan ajar tips yang tidak sempat saya fkirkan semasa menulis resepi ini..Selamat mencuba..
Bahan-bahan
A. Bawah
1. 600gm beras pulut
2. 100gm pulut hitam rebus hingga kembang tinggalkan 100ml air rebusan
3. 200ml santan
4. 200ml air + 100ml air rebusan pulut hitam
5. 1 sudu kecil garam
Cara
1. Pulut di bersihkan dan rendam sekurang-kurangnya 2 jam tapis
2. Masak pulut besama serbuk santan, air dan garam dengan api yang kecil hingga separuh masak
3. Kukus hingga masak.
4. Masak masukkan kedalam Loyang 10 x 10 inci tekan dan ratakan
B. Atas
1. 10 helai daun pandan blend bersama 500 ml air jadikan 800ml
2. 300ml santan
3. 4 biji telur (A)
4. 300gm gula
5. 200gm tepung gandum
6. ½ sudu kecil garam
7. ½ sudu pewarna hijau
Cara
1. Pukul telur dan gula
2. Masukkan santan, tepung, garam dan pewarna kacau rata dan tapis.
3. Panas periuk disisi air hingga mendidih
4. Double boiler bahan tadi hingga berkilat
5. Masukkan bahan ini diatas pulut dan kukus selama 20-30min