Cheezy bread ni Ruper2 sedap...si kembar cakap kawan2 dia pun suka.. pernah 1 hari roti cheezy dia hilang ke colek classmate dia..momee dia cakap kiter niat sedekah sbb momee selalu blh buat utk adik.. Alhamdullilah betul...skg tiap2 hari ada oder cheezy bread..tiap2 hari blh makan..
cheezy bread
Resepi
bun
1 kg tepung high protien
200gm gula pasir
2 biji telur
10gm garam halus.. jgn kasar tercekik nak makan..
25gm yis
5 gm bread improver - bukan softener
5gm double action powder - jual kat kedai bahan bakery
600ml air sejuk + ais
100gm shortening
2 sudu besar susu tepung + 50ml air utk wash/sapu atas roti
cheezy
cheese cheddar ikut suka hampa lah nak byk mana
gula pasir utk tabur
serbuk basil.. ada jual kat tesco.. korang mesti jumpa lah.. jgn tanya byk2.. hangin kang baru tawww
cara
1. uli semua bahan kecuali shortening
2. setelah rata baru masukkan shortening
3. biarkan dlm 10 minit
4. selepas itu uli kecil2 dan biarkan 5 min
5. masukkan kedalam paper cup dan biarkan hingga kembang
6. washkan dgn susu tadi
7. parutkan cheddar.. ikut suka jenis apa dlm pasaran kraf ada, bega ada, anchor ada lain2 tak hingat doh den
8. taburkan gula dan serbuk basil
9. bakar selama.. kekuningan sbb hakak tak pernah nak timing roti haku.. kuning dah masak lah.. coklat hangit .. hitam rentong..
10. sedia utk ngap ngeep ngoop
ok bai
No comments:
Post a Comment