24 December 2016

KUIH LAPIS ROSE..NAMA LAIN KUIH GENGGANG






KUIH LAPIS ROSE

Kuih Lapis asli ialah lapis merah dan putih. Tapi sekarang banyak versi. Putih Hijau, coklat hijau atau ungu hihau. Menurut kakak Kak Z, Arwah mak kalau dapat tempahan bertalam-talam. Sebab memang sedap seingat Kak Z. Kakak-kakak kata, Kak Z ni mewarisi kemahiran mak... entah lah.. maybe sikit-sikit kot. memsak orag lain. buta kuh orang lain. Bila kami bergabung jadi versi Arwah Mak. Al Fatihah MAk..

Kuih Lapis ni kami kenali dengan nama kuih genggang. Sebab bila berlapis kita boleh buka satu persatu..di genggang. Apa pun nama paling sennag kuih lapis. kang sebut perkataan luar daerah Kak Z orang maksud lain. Ada baiknya guna bahasa semua faham betul tak?




Anak-anak suka. Versi lembut.Jagna keras.. tak dimakannya. Resepi  Kak Z dapat dari Myresepi 10 tahun lepas. Kak Z modify sedikit ikut taste Kak Z dan keluarga. Walaupun dalam blog Kak Z ada banyak versi kuih lapis. Setiap kali tulis yang baru adalah versi yang di baik pulih. Supaya pembaca senang hendak buat dan lebih sedap. 
Kak Z mengunakan kukus buluh sebab air kurang menitik atas kuih semasa proses mengukus. Bila air jatuh atas kuih, itu yang meyebabkan kuih kita berlubang. Kak Z dah banyak buat kuih ni, macam-macam R & D, Kak  Z dah cuba. Bila tengok tepung cair kita tahu mana hendak tanah dan kurang. Pengakhiranya kuih kita cantik. Kak Z patut tulis di blog supaya warisan kuih ini tidak tertinggal jauh dan di lupakan. Tau jerlah kuih penuh kesabaran. Hendak melapis satu persatu. Silap bulan boleh melecur tangan kepanasan

Kak Z mula masak pukul 9.00pagi, Settle pukul 3 petang, 6 Jam sebab baut sambil mengambil gambar. Pagi ini baru boleh tulis. Mengukus memang lama. Sebab 20 minit pertama adalah untuk melapis dan 30 minit untuk masak sepenuhnya. lepas 3 jam baru boleh potong. Jika tidak hancus kuih den. Selepas itu setting untuk shooting. Belum termasuk penyedia bahan. Tapi Kak Z happy sebab korang boleh buat sendiri lepas ni.. jom kita buat

Resepi Lapis Rose

Bahan:-

250gm tepung gandum
100gm tepung beras
50gm tepung jagung
320gm gula pasir
400ml santan
1/4 sedu teh garam halus
1200ml air..
1/4 sudu teh Pewarna merah
1/4 sudu kecil pes Rose

Cara:-

1. Bancuh semua bahan kecuali pes dan pewarna
2. Blander dan tapis
3. Bahagikan kepada 2 bahagian.. 
4. Satu bahagian campurkan perwarna merah dan pes ros dan satu bahagian lagi biar warna putih
5. Setiap satu warna perlu di bahagi 4 untuk mendapatkan 8 lapisan
6. Sediakan air kukusan
7. Loyang 10 x 10 inci sapukan minyak
8. Bila air kukusan sudah panas masukkan loyang biar panas sebentar
9. Tuangkan bancuhan putih terlebih dahulu atas loyang yang telah panas.
10.Biarkan selama 2 minit
11.Kemudian tuangkan warna merah agar tidak merosakkan lapisan bawah. ( nanti tengok cara di gambar DIY)
12. Ulang hingga habis
13. Selepas habis melapis tambah air dalam kukus biarkan kuih masak untuk 30minit
14. Sudah masak biarkan betul sejuk baru potong




DO IT YOURSELF



Bahan-Bahan


Tepung Gandum dan Garam


Tepung Beras


Tepung Jagung


Gula Pasir


Santan


Kacau Semua Bahan


Sapu Minyak Pada Loyang


Bahagikan Dua Dan Satu Bahagian Di Letak Pewarna


Tuangkan Warna Putih lapisan pertama dan perlu berselang seli dengan lapisan merah buat hingga habis


Dengan mengunakan senduk.. tuang sedikit demi sedikit supaya lapisan bawah tidak pecah. 


Ini Lapisan merah


Lapisan ke -8 akan memenuhi loyang


Kukus untuk 30min-45min



Kuih Sudah siap masak biarkan sejuk baru potong


Nota:-
1. Minyak untuk memudahkan kita keluarkan kuih dari loyang nanti
2. Jangan terus tuang terus adunan atas lapisan bawah pastikan guna senduk tuang sedikit demi sedikit supaya lapisan bawah tidak pecah.
3. Boleh juga mengunakan sirap rose 

Selamat Mencuba 

ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...