ULTHERAPY  
Merangsang Pengeluaran Kolagen
Setiap kali Dr Kelvin menerangkan mengenai ultherapy akan meransangkan kolagen di muka kak z, memang fail untuk faham.Balik rumah Kak z buat homework dan faham sepenuhnya rawatan yang kak z jalani. Banyak persoalan yang timbul. Pening juga Doktor Kelvin tu hendak memahamkan kak z. Akhirnya kak z jumpa artikel ini. Kenapa kolegen penting untuk mengekalkan keremajan kulit muka kita.credit kepadasumber google yang kak z dapat.
Kepentingan kolegen untuk kulit
Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh 
badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara 
semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita 
dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.
Antara kepentingan kolagen:
- Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan – 
Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan 
penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut
 dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk 
menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit. 
 
- Memulihkan masalah kulit – Apabila kolagen 
disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan 
pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada 
kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan 
ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
 
- Mencantik dan menyuburkan rambut – Nutrisi dalam 
kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan
 kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada 
epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering
 dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
 
- Menegangkan payudara – Kesan kolagen untuk 
menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya 
terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang 
berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen 
merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak
 dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat 
untuk menyokong dan menegangkan payudara.
 
- Menguatkan tulang – Penyatuan kolagen yang 
secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. 
Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. 
Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai 
kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang 
sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. 
Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah 
tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat 
mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga 
dapat memperlambatkan osteoporosis.
 
- Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi – 
Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel 
baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan 
pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan 
pigmentasi.
 
- Melambatkan proses penuaan kulit – Seiring dengan 
peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam 
kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan 
kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk 
menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.
 
Dengann menjalani prosedur Ultherapy  merangsang pengeluaran kolagen dengan menyampaikan tenaga ultrasound fokus kepada lapisan asas kulit biasanya ditangani dalam kosmetik pembedahan tanpa memotong atau mengganggu permukaan kulit. 
Patutlah kulit kak z tengang dan anjal. Proses ini kesannya hanya selepas 180 hari - 240 hari. Kita juga mengamalkan hidup yang sihat supaya kolegen dapat dihasilkan dengan mudah selepas proses ultherapy. 
waw boleh pakai untuk hari raya nanti,, orang nak baju cantik. Kaka z nak muka baju, tudung semua cantik tahun ini. Selamat bercantik Z.
Ok bai
tag: ultherapy, mahkota medical center, collegen