22 September 2015

ISU MINTA SHARE RESEPI

Hari ini gi belajar buat roti. Roti yang cikgu ni ajar semua sedap-sedap. Ada ker roti tidak sedap? Tapi rasa roti ini lain dari yang lain. Bentuk simple-simple je. Ambil isi inti tepek-tepek. Dalam hati kata oii.. senang jer ko buat roti. Senang dan sedap



Butter Garlic

Balik dari kelas akak pun post gambar di IG dan share dalam group kawan-kawan. Tapi paling haru ialah minta share resepi. Emmm boleh bagi no problem. Tapi jawapan yang menyakitkan hati kita kalau tidak mahu bagi. Kedekut ilmu lah, ilmu tidak bawa mati lah.. orang lain boleh kenapa awak tidak boleh.

Jawapan yang akak bagi. Bukan tidak mahu share. Tapi kita bawa amanah cikgu yang mengajar. Kalau dia kata tidak boleh. Macam mana? Sebab bukan semua orang macam kita boleh share resepi sesuka hati. Dia punya seban untuk tidak mengizinkan. Sebab itu harga pencarian dia betul atau tidak?

Bagi akak pulak. Boleh share tetapi tidak boleh direct resepi dari guru yang mengajar. Akak akan ubah suai sedikit mengikut kesesuian akan mencari bahan untuk buat. Sebab ada 1 jenis manusia kita dah bagi boleh kata kenapa tidak jadi. Jawapannya itu adalah resepi professional. Sebab itu kena ubahsuai sikit.

Kita sebagai penulis resepi ini kalau hendak bagi petua atau resepi bukan main cedok orang punya. Kena buat sendiri dulu, bila sudah berjaya baru kongsi kepada pembaca. Bukan semudah yang kita lihat.

Ada orang suka cilok cut dan paste. Akak banyak kali kena, abang mat gebu selalu kena. Kami penulis blog selalu akan tulis credit resepi . Contoh ambil resepi dari blog tiffinbiru. Tulis lah credit kepada tiffinbiru. Ada juga tidak buat. Ini sebagai menghargai dia sebagai penulis resepi. Sebelum tulis dia buat research terlebih dahulu. Bukan mudah seperti ABC.


Minta maaf kalau ada yang sentap

Ok bai

PETUA MENJADI ADORABLE MOM

Membesarkan 4 orang anka lelaki menyebabkan dia tahu semua seni mempertahankan diri
1. Seni karate
2. Seni judo
3. Seni pekak telinga
4. Seni tahan hati
5. Seni spatula
6. Seni ngentel roti
7. Seni sabar
8. Seni suara volume 10
9. Seni gelap mata
10. Seni senyum sampai telinga


Kalau list semua korang pening nak baca. Yang sulung 15 tahun, yang kedua dan ketiga 13 tahun kembar. Last sekali 7 tawon... dia kata.
Oleh itu untuk menjadikan adorable sila belajar seni ini



Yang sulung

Umur 15 tahun. Jenuh mak dia nak kejar. Tidak terkejar. Tapi semua yang berlaku menjadikan akak dan dia best friend. Lahir 3.1kg..3 bulan 9 kg.. 1 tahun 10kg...hambik ko. Paling kuat nangis masa kecil-kecil. Tapi bila dah besar senang, tidak banyak demand.




Kembar

Umur 13 tahun. Dia orang ini ikut circle. Berubah mood. Seorang rajun sorang malas. Lepas tu tukar. Dia orang kedekut...haaaa.. suka simpan duit. Selalu cakap bila besar sorang jadi accountant dan lagi sorang arkitek. Sebab ciri sudah ada. Yang arikitek pernah kata 'bila aris dah besar, nak buat momee rumah besar' amin ya allah...inysallah



Ini adik

Umur 7 tahun. Selalu cakap . Momee tak boleh marah adik. Kenapa tidak boleh marah adik. Sebab adik chumel. Cair ke tidak bila dengar dia cakap macam itu. Sekejap-sekejap minta makan. Adik lapar lah. Boleh bagi makan ker tidak. Adeehhh.. satu hari 10 kali.



Mak dia orang

Umur rahsia..eehmmm... dah tua jugalah. Kerja blogger, writer dan ngentel roti. Orang tanya tak stress ker jaga anak lelaki. Stress juga lah. Kalau kata tidak stress.. muhong sangat lah orang itu. Tapi cara akak...stress jer gi window shopping





Shopping


Kalau ostad dan otajah baca ni mesti kata subhanallah.. mengucap panjang diaorang. Kenapa tidak mengaji ker, solat sunat ker? Sebenarnya banyak cara untuk hilangkan stress. Tidak semestinya shopping. Terpulang kepada pilihan masing-masing. Apa pun kita lakukan berlandaskan hukum allah. Betul tak?

Fikir positive dan lakukan yang terbaik. Itu petua akak untuk menjadi adorable mom.


Part of My adorable kids


Selamat mencuba

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...