26 December 2016

KEK PISANG BERANGAN


KEK PISANG BERANGAN

Kalau Beli di Kedai Kek 1 batang kek ni berharga RM7.00. Sekejap je dah habis. Anak-anak Kak Z sekali hadap jer... licin. Kesimpulannya waktu cuti sekolah ni banyak kena buat sendiri. Kena jimat cermatlah. Tapikan kalau rezeki untuk diaorang tu Allah dah tentukan. Memans sentiasa ada. Sambil-sambil menulis blog ni. Alhamdullilah ada job masuk. Tak kira lah job untuk blog, atau surat khabar atau tulis journal.

Seronok anak-anak bila mak dia duduk rumah sebab macam-macam benda akan terhasil dari dapur. Dari kek, kemasakan lauk ke nasi atau mee. Mesti ada. Itu pun kalau mak korang Rajin. Kalau mak Korang malas.. nasi goreng jer. Betul tak? Tapi Kak Z rajin sebab takut termakan kat luar... duit makan kat luar tu lauk untuk smeinggu kalau Kak Z masak..hii

Kek pisang ini Kak Z belajar dengan Auntie Hasma Noor.. Dia duduk taman TAR, Ampang. Selama-lamany Kak Z guna resepi ini. Resepi asal adalah dalam quantity yang besar sebab auntie ajar untuk perniagaan. Tapi Kak Z kecil kan untuk makan di rumah sahaja. Jom kita buat

bahan:-

Bahan A

200gm butter
1 sudu makan ovellete
230gm gula custor(gula pasir biasa pun boleh)
1/4 sudu teh garam

Bahan B

4 biji telur A

Bahan C

250gm pisang berangan (timbang selepas buang kulit jika tidak berat kulit je nanti)
1 sudu teh esen pisang
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan glycerine - kek kita akan moist guna bahan ini
(kisar semua bahan ni)

Bahan D

275gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu makan tepung susu
(ayak semua bahan ni)


cara:-

1. Pukul bahan A sampai gebu.. masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan bahan C dlm A + B
3. Masukkan bahan D sedikit demi sedikit hingga rata
4.Bakar hingga masak... dengan suhu 180c

petua kek ni akan mudah hangus jika dijaga apinya..

Selamat mencuba

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...