30 April 2016

Makan Nasi ARab di Hadramawt Palace Melaka



Hadramawt Palace Bukit Baru, Melaka


Selalu makan western dan makanan Melayu. Tekak terasa hendak tukar makanan lain. Cuba makan makanan arab. Kali ini kak z ke Hadramawt Palace Melaka. Terletak di Bukit Baru, Melaka.Bersebelahan dengan Masjid Bukit Baru. Senang je nak cari. Kak z bukan tak tahu masak nasi Arab, tapi kemalasan melanda. Bila lah penyakit ini hendak menghilangkan diri. Macam mana kak z boleh sampai ke sini. Kali pertama datang majlis perkahwinan Rozan anak kak yang. Kak yang tu kawan kak z. Sedap kooo... apa lagi pasang niat untuk datang lagi. Alhamdullillah dapat. Kali ini bawa budak 4 orang tu. Licin depa makan..maknanya lebih sedap dari momee depa masak.





Nasi Arab ada bermacam-macam jenis. Kak z suka nasi mandy. Kenapa? Sebab smokey taste nasi tu menambah selera kita untuk makan. Chef dia original dari Timur Tengah. Mana kak z tahu? Kak z interview lah..macam biasa makcik akan tanya semua orang. Sengal tak?  Apa lagi yang ada di kedai ini selain dari mandy ayam atau kambing. Ada hormus.. mak kenapa sedap sengat hormus ni. Masa kita duk Arab dulu tak sesedap ni. Yer kak z pernah duk negara Arab dulu, sebab tu banyak makanan Arab kak z tahu.









Antara makanan yang kami makan masa pergi restoran Hadramawt kebab, roti tempayan, matbucha dan masak asam pedas Arab (tak ingat nama sebornye). Kami orang..hidang sepenuh meja. Licin.. tak tinggal balance. Buruk makan betul adik-adik kak z ni.. bukan masalah buruk makan.. sedap menjilat jari. Masa makan senyap sunyi. Habis makan tersandow. Faham-fahamlah apa maksud kak z.





Bila makan makanan Arab tekak kita rasa mahu minum air yang masam-masam. Sungguh kak z cakap ni. Orang arab suka minum susu masam macam yogurt. Ini baik untuk pengahadaman dalam perut. Tapi masa kami datang dia orang bagi minum fresh orange dan ice lemon tea. Memang sedap lah.. kak z tak berani minum tea.. ada mak tak tido sampai lusa. Tapi rasa sikit lah.. sedap pulak. Sikit jer..

Hadramawt Palace mempunyai banyak cawagan. Kalau korang duduk di Kuala Lumpur .. boleh ke Hadramawt Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Hadramawt bukan sahaja restoran, kalau hendak membuat majlis perkahwinan atau company dinner boleh buat disini. Harga Rm29.00 nett. Dibuka dari 11pagi -11malam. Untuk tempahan sila hubungi 062866662..


Thank you Mummy Julia bagi share gambar..

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...