22 July 2015

PEMANDUAN SELAMAT BERSAMA Maxis Waze Safe Mode Kids


Assalamualaikum

Kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Oleh itu kita patut memandu berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan. Ketika memandu saya mahu  anak-anak dalam keadaan selamat didalam kereta. Saya akan memastikan anak-anak memakai tali pinggang keledar, duduk diam-diam dan menumpukan perhatian kepada pemanduan.

Menurut Institut Penyelidikan Pangangkutan Universiti Michigan bahawa Malaysia telah berada di tempat ke-17 di dunia yang mempunyai 'jalan-jalan yang paling berbahaya'. Oleh itu sebagai sebagai ibubapa kita memerlukan tips pemanduan selamat di musim perayaan.

Maxis dengan kerjasama Waze telah memperkenalkan MaxisWaze Safe Mode Kids Campaign. Kampen ini sangat kepada kita. SAfe mode ini memberi tips pemanduan selamat.






1.TIPS PEMANDUAN SELAMAT DI MUSIM PERAYAAN- Ibu bapa lebih akan memandu lebih berhati-hati apabila anak bersama-sama di dalam kereta

Menurut satu kajian lagi, yang menunjukkan bahawa  97 peratus ibu bapa Malaysia akan memandu dengan lebih selamat apabila anak-anak mereka berada di dalam kereta.

Dengan ini, syarikat telekomunikasi Maxis dan aplikasi pemanduan Waze telah melancarkan (Maxis Waze Safe Mode Kids Campaign - Safe Mode Voice Pack) untuk Mod Selamat yang pertama di dunia.'Safe Mode Voice Pack' (Maxis Waze Safe Mode Kids Campaign) yang menggunakan navigasi suara kanak-kanak ini dapat membantu 1.4 juta pengguna Waze di Malaysia memandu dengan selamat terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah.

https://youtu.be/EQTpXwHrcwU

2. TIPS PEMANDUAN SELAMAT DI MUSIM PERAYAAN - Suara arahan kanak-kanak dari aplikasi Waze akan mempengaruhi pemanduan berhemah.

Arahan adalah sebagai panduan dan ingatan kepada ibu bapa untuk memandu.
Pengenalan kepada pek suara Safe Mode Kids ini, aplikasi pemanduan Waze telah menggunakan pek suara kanak-kanak. Berbeza dengan pek suara sebelum ini, yang menggunakan suara celebriti. Antara arahan yang menarik dari Maxis Waze Safe Mode Kids Campaign adalah seperti: ‘All set. Don't forget your seatbelt', 'Re-routing. Eyes on the Road!' dan ' Accident reported ahead. Please be careful, ok?





Safe Mode Kids -  Maxis Waze Safe Mode Kids Campaign adalah langkah alternatif Maxis dan aplikasi pemanduan Waze untuk mengingatkan para ibu bapa dan rakyat Malaysia supaya memandu dengan lebih selamat memandangkan musim perayaan bakal menjelma tidak lama lagi. Dan, suara kanak-kanak ini, akan lebih mengingatkan ibu bapa supaya ‘sayangilah nyawa anak anda’.

Here’s how to get the Safe Mode Kids voice pack/ ini adalah cara untuk mendapatkan Safe Mode Kids voice pack:-

1) Download/open Waze
2) Select Settings
3) Click on Sound
4) Go to Voice Language
5) Select “English (US) – Safe Mode with Kids” (powered by Maxis)



selamat hari raya aidil fitri dan memandulah dengan berhemah







05 July 2015

Padini Concept Store


assalamualaikum

Padini Concept shope ini terletak di dataran pahlawan bandar hilir melaka. dalam satu kedai terdapat pelbagai jenis pakaian, bag dan kasut. Jenama barangan yang terdapat dalam kedai ini ialah  PDI, miki, seed dan vinci. 

Kedai Padi Concept shop sekarang mudah didapati di mana-mana. Kalau di Kuala lumpur di one utama dan sunway pyramid . Di Johor yang pernah akak pergi ialah  JPO - Johor Premium Outlet,  di Penang di Queensbay mall dan di Melaka ni di Dataran Pahlawan.. tempat lain ada juga kot .. tak pastri sebab tidak pernah pergi.

Kenapa akak suka beli baju di kedai ini..Baju untuk kembar dan adik ialah jenama MIKI. orang kata mahal. pandai cari murahda ncantik Paling utama tahan lama. baju abang hakim dari umur 6 bulan masih boleh di pakai ke adik yang kecil..sampai umur 3 tahun. Seluar jeans juga tahan tshirt boleh dipakai sehingga tidak muat. Kain tidak mudah rosak

Untuk hari raya untuk abang ialah baju jenis PDI. abang tu pilihan dia uniglo, factory outlet shop atau brandoutlet shop. dia dah besar punya citarasa. tapi emak dia kena padai buat pilihan sebab boleh tahan juga harga kalau tidak bijak memilih. Dengan ketinggian 5 kaki 7 inci.. dan ukur lilit pinggang 30.. korang rasa dia akan meninggi lagi tak?.. jawapan mak pasti sebab baru 15 tahun..

Baju ini berharga RM39,90. berbaloi, murah dan berquality. Rasanya tidak mahal uniglo baju macam ini ialah RM89.90 dan di brand outlet RM79.90 untuk dua pasang dan di Factory outlet RM30.00 tapi tidak ada saiz dan di Reject shop lagi RM49.90.. ok keputusan telah di capai ambil yang ini.

Mak dia keluarkan duit .. senyum sampai telinga.. siap cium pipi.. sayang momee. Ia.. dapat baju sayang lah..Ken abijak memilih dan bijak berbelanja.. kena bayar gst dan minyak mahal.. hurrmm..



Merah jambu dan Hitam

Korang yang bujang kalau belum beli baju raya .. jom pakat gi ramai..

ok bai

Fitra di negeri Melaka RM6.70

Assalamualaikum

Hari ini saya menunaikan rukun islam saya. Alhamdulllilah..


Resit bayaran zakat

selama tiga tahun tinggal di sungai petani .. bayarannya lain. RM7.00 seorang. tahun ini bayar di Melaka sebab tinggal di Masjid Tanah. bayaran yang dikenakan RM6.70.

Sekarang pembayar fitrah adalah mudah. sebab banyak amil yang di lantik dan di tempatkan di pusat membeli belah. tidak perlu lagi hendak ke masjid atau rumah amil yang di lantik masa dulu. oleh itu tidak lah kita lupa akan tanggunjawab kita.

Zakat fitrah termasuk dalam rukun islam. dibayar sebelum solat hari raya setiap tahun. oleh itu solat hari raya aidil fitri elok di lambat sedikit supaya orang boleh membayar fitrah. kalau hari raya aidil adha  elok di cepatkan supaya acara korban  boleh di jalankan.. macam otajah pulak makcik bersyarah.. makcik belajar hokey kat sekolah dulu.. apak makcik pun bagi tau. sebba apak makcik dulu imam.

bila tanggungjawab ini telah di laksanakan kita akan rasa lega.. sebab dengan duit ini secara tidak langsung kita boleh membantu mereka yang fakir. Di negeri Melaka, zakat fitrah di uruskan oleh pusat zakat melaka di bawah Majlis agama islam Melaka. bayaran untuk tahun ini ialah RM6.70. dalam lafaz niat di bagitahu kadar inia dalah untuk mengantikan beras. bayar fitrah ada lafaz niat ok.. lepas tu doa di baca oleh amil.. fuuhhh lega

jangan lupa bayar

ok bai