21 May 2019

ENCORE MELAKA: PERSEMBAHAN MENGABUNGKAN SEJARAH, SENI DAN KEMANUSIAN


Kak Z duduk di Melaka. Tahu ada bangunan cantik yang di namakan Encore ini wujud di Klebang. Tapi apa yang ada di dalam bangunan ini Kak Z tak pasti. Wondering juga. Kak Z google around nak tahu apa yang ada di Encore.  Di Encore ada persembahan kebudayaan. Tapi macam mana persembahannya tidak mendapat gambaran yang tepat. Yang pasti Kak Z kena pergi tengok live apa yang di tunjukkan. Wowww.... bila korang duduk dalam dewan itu perkataan akan terkeluar. Sebab lain dari yang lain.


Kenapa lain dari yang lain? Kak Z dah tengok banyak persembahan all over the world. But this one something different. Ada gabungan sejarah, seni dan kemanusian. Hanya di Encore Melaka.

Persembahan yang adakan bukan mengunakan seni filem. Tetapi artis sebenar yang akan berlakon setiap scene. Lebih kurang 200 orang artis akan menjayakan persembahan ini. Memang menarik. Kak Z tetarik di scene ibu mengandung ada air yang turun dari atas.. Kak Z terfikir adakah ini mengunakan visual? Tak air dan suasana sebenar.  Yang di set up dalam Encore itu sendiri.

Persembahan di Encore adalah satu mesage kemanusian yang di huraikan melalui seni persembahan. dari sejarah mengenai Melaka ke masyarakat majmuk yang berbilang kaum.

Di persembahkan oleh 200 artis dalam suasana yang berwarna warni. Kak Z tidaj boleh nak huraikan satu persatu melalui penulisan Kak Z. Korang kena pergi tengok sendiri.



Memuatkan 2000 penonton. Selama 75 minit persembahan berlangsung. Kalau lalat boleh masuk dalam dewan.. off course lalat masuk mulut Kak Z. Sebab woww.. dan melopong tak habis-habis. Dari  satu ke satu scene. Tempat duduk berputar 360 darjah untuk setiap persembahan. Sebab itu boleh lihat kolam air di dalam  tempat. Kak  Z ingat visual rupanya tidak.

Persembahan tip top. Dalam Malaysia ada satu sahaja pertunjukkan  seperti ini hanya di Encore Melaka. Memang jadi tarikan kalau datang Melaka.

Bangunan Encore memang  menarik seni rekanya. Bukan seperti Broadway ye. Atau panggung yang pernah Kak Z pergi seperti Philharmonik atau Istana Budaya.

Masa Pertunjukan:-
  • Mon - Sat: 5:30PM & 8:30PM
  • Sun: 2:30PM & 5:30PM 

Tempat Duduk:-

Harga tiket

Boleh di tempah melalui laman web Encore

Alamat:-

No. 3 Jalan KSB – Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200 Melaka, Malaysia.

Ok bai


No comments:

Post a Comment