23 February 2019

TRAVELOG 23: PEMANDANGAN GUNUNG FUJI DARI CHUREITO PAGODA


Banyak cerita semasa di Jepun yang Kak z  suka ceritakan. Walhal dah setahun berlalu. Ramai orang berangan untuk datang ke sini. Antaranya Kak Z. Alhamdullilah rezeki orang kata bila dah dapat sampai ke sini. Banyak yang hendak di ceritakan dengan gambar yang Kak z ambil dengan camera DSLR, gopro dan handphone. Tapi sedihnya gambar-gambar ni hilang sebab computer Kak Z rosak.   Oleh itu Kak Z cerita dengan gambar yang ada dan ambil dari google.



Gunung Fuji dari Chureito Pagoda (gambar dari google. Gambar kakak hilang)


 Chureito Pagoda diPagoda Chureito (忠 霊 塔, Chūreitō) adalah lima pagoda bertingkat di pergunungan yang menghadap ke Fujiyoshida City dan Gunung Fuji. Pagoda ini adalah sebahagian daripada Kuil Arakura Sengen dan dibina pada tahun 1963. 

Chureito Pagoda (gambar google)

Untuk naik ke puncak kita perlu memanjat lebih kurang 398 anak tangga untuk sampai ke bangunan utama.  Mencungap nak naik. Serius stamina kena tinggi kalau hendak naik ke atas. Nasib baik dari Malaysia, Kak z dah buat persiapan stamina sebab hal-hal macam ni lah. Dah sampai dan suka sangat dengan Gunung Fuji panjat sampai atas Chureito Pagoda tu. 



Pergi ke bahagian belakang pagoda baru lah korang dapat melihat view gunung  yang menarik. Oleh sebab peak sedang di tutup sebab winter. Maka kita tak dapat panjat dia. Dapat tengok dari jauh pun jadilah.  Still cantik sebab waktu pagi. Kak Z pergi di awal pagi.  Kak Z nasihat para sahabat untuk melihat Fuji dengan jelas di awal pagi. Dan kakak ko berjaya walaupun pendakian yang tinggi.

Untuk ke Chureito Pagoda  Kak Z menaiki keretapi  dari Kawaguchiko station ke Shimoyoshida Station. Lebih Kurang 13 minit perjalanan dengan keretapi. Selepas itu korang ke berjalan ke kaki bukit Arakura Sengen Park.



Melalui pembacaan akak, Arakura Sengen Park ada sejumlah 650 pokok sakurandi tanam di sepanjang dari kaki bukit ke Chureito Pagoda. Masa Kak z datang ranting je yang ada. Daun dan bunga tarak. Jadi kalau korang plan hendak ke sini plan elok-elok. 


Semasa berjalan dari stesen, Kak z di tegur oleh penduduk tempatan. Ramah juga orang di sini berbanding orang Tokyo yang ramai jalan menonong. Korang jangan risau tak sesat sebab penunjuk arah ada kalau korang tak pasti.  

Selain cerita kak z di blog. Korang juga boleh mendapat maklumat lebih detail dari fb group Road to Japan atau Backpackers buddies malaysia. Rakan di dalam group sangat membantu. Kak Z sendiri mengunakan group ini sebagai rujukan selain dari blog lain. 

Ok bai


2 comments:

  1. Salam, nak tanya, mana tempat tinggal yang sesuai utk 3 org backpackers area gunung fuji yang cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam , sy duduk di K's House Mount Fuji boleh baca di sini http://www.azurarahman.com/2018/01/travel-log-part-6-solo-backpacker-ke-mount-fuji.html

      Delete