07 February 2019

TRAVELOG 19: UNICORN GUNDAM DI ODAIBA


Masa buat itinerary untuk ke Jepun, tidak tahu mana hendak pergi. Sebab teruja sangat. Kak Z memang dah lama tidak keluar dari Malaysia. Jadi semua tempat hendak pergi. Oleh kerana masa mencemburui ku.. sebab keluar sebulan dari Malaysia. Anak-anak dah bising suruh balik lama sangat maknya duduk negara orang. Alaa... sebulan je. Bukan setahun
 Betul tak?

Kenapa ke Odaiba cari benda ni?  Sebab nak ambil gambar dah sampai sini..rugi weii kalau tak datang. Bukan senang nak sampai.


Patung Unicorn Gandam ini adalahyang terbaru masa Kak Z pergi Disember 2017. Terletak di hadapan Divercity Odaiba. Gigih aku dari Asakusa datang kesini. Tak lah jauh sangat. Selagi korang tahu nak naik train apa dan tidak sesat mesti sampai.

Kak Z datang waktu pagi maka Gandam ini tidak bergerak salah timing. Gandam ini akan bergerak pada pukul 11 ​​pagi, 1 petang, 3 petang, dan 5 petang. Plat perisai beralih semasa perubahan dan ini berlaku dalam sekitar 10 saat. Korang siap sedia kamera korang waktu ni.


Nak kata apakan dah salah timing. Kak z jalan je lihat sekeliling Odaiba. Odaiba adalah pulau buatan manusia di Tokyo Bay. Cara untuk datang ke sini ialah  melalui Jambatan Rainbow atau kereta api Yurikamome. Pelawat ke pantai di Seaside Park, nikmati Mt. Pemandangan Fuji dari gandola Daikanransh. Boleh bercakap  dengan robot di muzium sains Miraikan.  Tapi Kak Z paling suka pokok rosemary sepanjang jalan hendak Divercity. Kalau buat daging grill sedap tu. Korang jangan cari pasal petik pokok rosemary tu yer. 

Ok bai


No comments:

Post a Comment