05 February 2019

TRAVELOG 16: HONG KONG TRIP 9 MARCH- 12 MARCH 2018



Kali ini travel Solo lagi. Adakah Hong Kong selamat? Nampak mcm tidak selamat.. tapi selamat cuma kena berhati2. Hampir terkena pickpoket. Bukan org cina tapi india.. Hong Kong lebih ramai foreign. Terutama orang Filipina, India, Pakistan dan Indon.

Kak Z jalan sorang melalui lorong-lorong  yang rasa selamat. Rasa tidak selamat Kak z tidak lalu. Semua ikut sense kita. Hong Kong 2 hari dah habis round. Sebab akak tak gi disneyland.

MTR senang untuk di fahami. Tak sesat mcm di Japan n korea. Makanan mahal. Susah nak cari makan halal. Ada makanan halal tapi mahal . so klu korang mcm budget nak bawa lah makanan segera dari Malaysia.

Hong Kong sedikit kasar. So jangan kecil hati atau sentap kalau nampak kasar. Akak kena.. bila speak english slag british  terus tone suara diaorang bertukar. Sebab memula agaknya diaorang nampak macam maid dari indon...akak nampak selekeh kot...hiii. Tapi no hal boleh atasi. Kalau sesat tanya je orang. Diaorangg boleh berbahasa inggeris terutama yang muda. Mereka lebih friendly.

Korang kalau nak book pun tengok review betul-betul. 1st night duduk chungkin Mansion. Sebab konon murah dekat dengan MTR dan ada kedai makan halal. Hotel gini expected tidak seperti kat jepun , korea or europe. Luar dari jangkaan. Chungkin Mansion tu ada 16 tingkat dan 2 lift yg boleh muat 5 org jer sahaja setiap 1. Dia adalah apartment yg di ubah suai jadi bilik penginapan. Macam-macam manusia ada. Kat bawah tu ramai mamat india berebut cari customer untuk hotel dan kedai makan diaorangg. Hari pertama que 1/2 jam tunggu lift baru dapat naik ke bilik. Beg kena selok dari belakang. Next day ambil keputusan pindah hotel. Harga yg berlipat kali ganda tak pe asalkan rasa selamat.

Di Hong Kong guna Octopus - boleh disewa kat airport deposit HKD50.00.. balik tebus balik di airport dapat semula deposit dan balance dalan card.

Kalau banyak lagi duit HKD..tukar di airport Hong Kong.. rate murah dari tukar di Malaysia
Hong Kong guna Hong Kong Dollar.
Facebook boleh diguna di Hong kong
Tempat di lawati

1. Kawloon harbour city
2. Kawloon ferry terminal
3. Mongkok Market
4. Hong Kong Peak
5. Naik Tram Tour Hong Kong Island
6. Makan Dim Sum di Islamic canteen
7. Shopping barangan berjenama -tak beli window shopping je..
8. Hong Kong Museum
9. Victoria Harbour Light Show setiap malam kul 8.

Nak naik ferry tak semangat tak kuat. Maybe next time datang dgn partner. Datang sekali lagi maybe akan akan gi disneyland dengan anak2 dan naik night tour naik tongkang. Korang kena cuba naik.tram HKD2.30 round 1 pulau.

Perbelanjaan

Flight -RM660 termasuk makan
Hotel - chungkin mansion RM 150.00
- sheraton Rm1800
SIM card Hello1010my..RM36
Insurance -RM31.00

Total- RM2677

Perbelanjaan makan RM150
Transport - RM100
Peak tour RM51.00 beli dgn KLook
Lain..RM50.00

Total RM351.00..

Ok bai

No comments:

Post a Comment

GLAMPING SECARA CAR CAMPING

Car camping di luar negar sellau menjadi inspirasi Kak Z untuk menghias kereta ketika camping. Mungkin trend car camping masih baru di Malay...