07 February 2019

TRAVELOG 18:KEINDAHAN SENI BINA ISTANA GYEONGBOKGUNG SEOUL


Dibina pada tahun 1395, Istana Gyeongbokgung juga dikenali sebagai Istana Utara kerana kedudukannya jauh di utara berbanding dengan istana-istana Changdeokgung (Istana Timur) dan Istana Gyeonghuigung (Istana Barat). Istana Gyeongbokgung boleh dikatakan paling indah, dan kekal sebagai yang terbesar di semua lima istana. Premis ini dimusnahkan oleh api semasa Perang Imjin (Invasions Jepun, 1592-1598). 

Walau bagaimanapun, semua bangunan istana kemudian dipulihkan di bawah pimpinan Heungseondaewongun semasa pemerintahan Raja Gojong (1852-1919). Hebatnya, edisi paling terkenal Dinasti Joseon, Gyeonghoeru Pavilion dan Pohon Hyangwonjeong masih tetap utuh. Woldae dan patung-patung Geunjeongjeon (Dewan Penonton Diraja) mewakili patung seni rupa kontemporer. 

Muzium Istana Negara Korea terletak di selatan Gerbang Heungnyemun, dan Muzium Rakyat Nasional terletak di sebelah timur di Hyangwonjeong 

(sumber:http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264337)


Seni bina istana di negera barat dan timur lain. Di barat banyak mengunakan batu bata. Di Timur banyak mengunakan pertukangan kayu. Kak Z mengambil 3 contoh istana asal di 3 negara. China, Jepun dan Korea. Banyak ukiran kayu di istana-istana ini. Istana-istana ini berusia ratusan tahun.

Istana paling besar Kak Z pernah pergi ialah Forbidden City, Beijing. Bekas istana atau kerajaan China mulai dari Dinasti Ming hingga Dinasti Qing. Lokasi di pusat kota Beijing, China. Bedekatan dengan Tiananmen square. Dibangun pada tahun 1406-1420. Sangatlah luas karena terdiri dari 980 bangunan dengan luas sekitar 720.000 meter persegi. Selain itu tempat ini dikelilingi dengan tembok besar yang sangat kokoh yang masih boleh kita lihat sampai sekarang ini. Sekitar tahun 1987, Forbidden City ini ditetapkan oleh UNESCO sebagai warisan budaya dunia yang wajib dijaga. Hendak masuk ke istana ini berlapis-lapis. Nanti Kak Z cerita pasal Forbidden City kemudian yer. Sebab besar nanti terganggu pula cerita pasal istana kat Korea.


Istana Himeji, Himeji, Jepun

Istana di Jepun seni reka seperti pagoda. Di Jepun dan Korea banyak istana boleh dilawati. Di China, istana kerajaan  banyak tertumpu di Beijing. Ada juga di luar Beijing yang kurang di perkenalkan. Antara istana yang Kak Z dah pergi ialah  Nagoya, Osaka, Kyoto dan Hiroshima. Rekabentuknya sangat berbeza dengan Korea dan China. Apa pun cantik. Yang paling cantik tentunya Himeji Castle. Teruja melihat istana ini di atas bukit dan boleh di lihat dari jalan besar.



Kak Z hendak mempetengahkan Istana Gyeongbokgung Seoul. Hendak Membezakan Istana di 3 negara ini. Istana ini paling cantik ukirannya. Mungkin pendapat orang laina dalah lain. Kak Z kagum, mereka menjaga istana ini dengan cantik. Istana di Forbidden City masih dalam permulihan semasa Kak Z disana. Nampak sedikit usang. Tetapi Di Istana Gyeongbokgung, nampak ceria. Korang boleh lihat gambar yang Kak Z share ini. Gambar gi Beijing tidak dapat di selamatkan, jadi tidak boleh share. Lagi pun masa tu ada larangan mengambil gambar di dalam Forbidden City. Ukuran di atas bumbung cantik kemudian di lukis dengan warna merah dan hijau. Mengambarkan identiti Korea itu sendiri. Kak Z pergi ke Istana lain di Seoul. Tapi Kak Z tertarik dengan Istana Gyeongbokgung di Seoul.


Melihat pintu gerbang Istana Gyeongbokgung sama seperti pintu gerbang Forbidden City di Beijing. Pintu Forbidden Citu berwarna merah dan lebih besar. 


Latar belakang istana Gyeongbokgung adalah gunung Bukhansan. Teringat verita Scarlet In My Heart. Hari yang Kak Z datang permandangan gunung berkabus. Musim sejuk biasa lah..memang kelabu asap


Di Forbidden City, kita tidak di benarkan untuk bergambar. Masa tu tahun 2003. Sekarang tidak pasti boleh atau tidak. Tapi di istana Gyeongbokgung  di benarkan. Menarik perhatian Kak Z ialah ukirannya sama. Warna utama hijau dan merah. Dalam cerita epik korea korang boleh lihat ukiran tersebut cantikkan.

Di Fobidden city cara mengekalkan ketahanan dan kecantikkan Istana mereka mengunakan campuran lemak babi. Jangan terperanjat. Kak Z pun tidak tahu pada mulanya. Kak Z baca majalah national geografi dan tonton rancangan national geografi. Forbidden City menghadapi ancaman untuk runtuh kerana sudah wujub lebih 1000 tahun. Tidak mustahil struktur bangunan akan runtuh.

Korea dan China hampir tidak mustahil reka bentuk istana di kedua-dua negara ini adalah sama.


Ini lantai batu. Kalau korang tengok. Ada batu lama dan baru. Di Jepun tiada lantai begini atau Kak Z tak jumpa. Di Forbidden City sama. Cuma mereka mengekalkan batu yang lama.


Ini adalah 'rank stone' atau batu pangkat. Setiap berpangkat akan bediri sebaris dengan batu pangkat ini. Memula Kak Z hairan. Batu nisan ke. Bila membuat bacaan. Rupanya 'rank stone'.


Setiap batu yang ada di sekeliling istana ada ukiran contoh batu tangga yang menuju ke balai mengadap. Motif singa dan naga adalah pilihan ukiran mereka.


Ini adalah keadaan dalam istana. Bagaimana rakyat korea hendak bertemu raja diaorang kak z tak pasti kena baca lebih lagi pasal sejarah korea. Tapi di Forbidden city, jika rakyat hendak berjumpa dengan raja untuk mengadu masalah mereka mengambil masa bertahun. Forbidden city mempunyai 7 peringkat ruang menunggu  untuk sampai ke balai mengadap. Bertahun lama. Melalui pembaca dan penceritaan kawan-kawan pemandu pelancong di sana kadang berpuluh tahun. Boleh bertukar rajalah belum tentu jumpa. Kalau ada pengaruh cepatlah jumpa. Kalau tidak mereput ko kata ruang menunggu. Begitu juga gundik di raja. Di istana Gyeokbokgung  Kak z tidak dapat melihat bilik-bilik kecil untuk gundik menanti giliran melayan raja. Tapi di Forbidden city memang banyak bilik-bilik ini. Sebab itu istananya besar. Kak z tidak dapat melihat bilik-bilik kecil untuk gundik menanti giliran melayan raja. Tapi di Forbidden city memang banyak bilik-bilik. Sebab itu istananya besar.

Korang nampak singgahsana warna merah tu? Singgahsana yang sama ada di Forbidden City. Raja akan duduk di atas singgahsana untuk bermesyuarat dengan menteri-menteri dia. Di Malaysian pun ada. Berlatar belakang kuning dan hitam. Tapi di sini merah adalah wajib.


Korang mesti hendak tahu apa bekas besar dalam istana ini. Ini adalah alat pemanas. Zaman dulu mana ada pemanas macam sekarang. Tempat pemanas ini di satu sudut istana. Kak Z baca dalam google mengenai pemanas ini,  dibuat dari tembikar. Masalahnya cantik biru dan ada bunga-bunga teringin beli tapi berat nak bawa balik. Memang di sini warna-warna yang cantik memainkan peranan untuk mencantikkan istana.

Dalam bekas ini akan di letak bahan pembakar contoh kayu api. Di China guna lemak babi. Mungkin di Korea juga. Tidak pasti. Kak Z belum habis baca..hii



Ini adalah pemanas di bahagian luar istana. Di perbuat dari besi. Di besi ini ada ukiran. Kamera Kak z tidak dapat untuk fokus tepat pada ukiran tersebut. Minta maaf



 Tiga gambar di atas memperlihatkan setiap ukiran mereka. Istana di Jepun rasanya ukiran macam ini memang tidak ada. Sebab mereka lagi simple. Rumah tradisi Melayu pun banyak ukiran. Rumah Kak Z sendiri mempunyai ukiran dan tidak berpaku. Cantikkan? Mereka memang jaga bangunan istana.

Ini adalah penjaga di depan istana. Setiap 15minit diorang tukar. Penat berdiri. Kalau datang awal pukul 9 pagi akan ada acaran pertukaran guard istana. Best juga lah. Macam Buckingham Palace.

Ada 3 lagi istana boleh di kunjungi di Seoul, Korea Selatan iaitu Changdeokgung Palace, Changgyeonggung Palace dan Deoksugung Palace. Selepas habis pembacaan Kak Z mengenai istana-istana ini, insyallah Kak Z akan tulis.

Cara Datang ke  Gyeongbokgung Palace

1. Subway
Stesen Gyeongbokgung (Seoul Subway Line 3) dan Keluar 5. Stesen Anguk (Talian Subway Seoul 3) dan Keluar 1.


2. Bus
Ambil Bas No. 1020, 7025,109, 171, 172, 601 atau 606 dan turun di Gyeongbokgung Palace Bus Stop. Ambil Jongno Bus No. 11 dan turun di bus stop Musium Rakyat Kebangsaan Korea.

Ok bai

No comments:

Post a Comment