02 April 2018

TRAVELOG 17: BUKCHON HANOK VILLAGE

BUKCHON HANOK

Baru nak buka cerita pasal Korea. Sebelum ni cerita pasal Jepun. Idea pasal Korea lambat sikit sampai. Di Korea, Kak Z hanya melawat Seoul dan Busan. 10 hari di Korea. Ku impiakan mencari Jo In Sung. Batang hidung pun tak de. Orang Korea tidak seperti orang Jepun. Sedikit kasar. Ramai juga pelancong Malaysia datang ke Seoul.

Pada hari Kak Z ke Bukchon Hanok Village ni, berjalan jumpa orang Malaysia, Macam jumpa sedara mara kat kampung. Dari Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Melaka dan Sarawak.  Meriah saling tegur menegur. Ada juga yang sombong.  Banyak tempat akak pergi kita senyum sebab tahu orang Malaysia, dia paling muka. Tidak apa lah. Seoul selamat untuk solo traveler? Sepanjang disana Kak Z rasa selamat. Bukchon Hanok Village hari ke tiga di Seoul.


PINTU SALAH SATU RUMAH DI BUKCHON H ANOK

Dikelilingi oleh Istana Gyeongbokgung, Istana Changdeokgung dan Kuil Jongmyo, Kampung Bukchon Hanok adalah rumah kepada beratus-ratus rumah tradisional, yang dipanggil hanok, yang tarikhnya kembali kepada Dinasti Joseon. Nama Bukchon,  diterjemahkan ke "kampung utara", m terletak di utara Seoul, Cheonggyecheon Stream dan Jongno. Hari ini, kebanyakan hanoks ini beroperasi sebagai pusat kebudayaan, rumah tumpangan, restoran dan rumah teh, yang memberikan pengunjung peluang untuk mengalami, belajar dan melibatkan diri dalam budaya Korea tradisional.

Sedikit kecewa ketika datang kesini. Sebab Kak Z expect untuk melihat rumah tradisi lama seperti yang dapat di lihat di Namsan Hanok. Walaupun pun replika, rumah di Namsan Hanok memberi kita gambar lebih jelas mengenai perkampung masa zaman Joseon. Rumah lama Bukchon Hanok kebanyakan telah di ubah suai dan hak milik persendirian. Kita memang tidak boleh masuk untuk melihat keadaan dalamnya.


POKOK BUAH PISANG KAKI MEMANG BANYAK

Kak Z datang kesini Bukchon Hanok bukan untuk melihat atau minum di cafe-cafe dan membeli belah di sekitar penkmapungan tapi mahu melihat rumah tradisi mereka. Apabila Tourism Korea mempamerkan mengenai perkampungan  ini Kak Z teruja dan my target is to come here. Lebih berjalan dalam kampung moden Korea pula bila masuk didalam kampung ini.

Frust itu tidak terasa sangat sebeb sebelum itu Kak Z sudah melawat Istana Gyeongbokgung, Istana Changdeokgung dan Kuil Jongmyo. Kalau korang tanya Kak Z hendak datang semula ke kampung Bukchon Hanok pastinya tidak. Tidak adventure langsung. 

Nasihat perjalanan Kak Z kepada sesiapa mahu ke Bukchon Hanok. Korang kena naik Subway hingga ke Stesen Anguk. Kemudian korang ke Istana Gyeongbokgung, Istana Changdeokgung dan Kuil Jongmyo. Sebelah Bukchon Hanok sebelah menyebelah dengan Istana Gyeongbokgung, Istana Changdeokgung dan Kuil Jongmyo Lepas tu baru korang ke Bukchon Hanok

Tempat yang boleh korang lawat selepas Stesen Anguk → Pusat Kebudayaan Bukchon → Gahoe-dong 11beonji → Bengkel Embroidery Hansangsu → Gahoe Drawing Shop → Muzium Bukchon 'Old Fragrance' → Rumah Anguk-dong Yun Boseonga → Stesen Anguk.

Ok bai



2 comments:

  1. Korea ni memang menarik utk dilawati dan lebih murah berbanding Jepun.

    salam kenal dari umifuzy.com

    ReplyDelete
  2. memang best Seoul ni. Jeju pun best.. apa2 pun insyallah selamat for solo traveller.

    ReplyDelete

GLAMPING SECARA CAR CAMPING

Car camping di luar negar sellau menjadi inspirasi Kak Z untuk menghias kereta ketika camping. Mungkin trend car camping masih baru di Malay...