Setiap kali menyentuh keyboard ada dua benda akan terjadi. Idea mencurah atau tidak ada idea langsung. Idea mencurah bermaksud baik sehari boleh menulis beribu perkataan. Di kala tiada idea sepuluh kali ulang di laptop pun belum tentu boleh menekan keyboard. Ini yang terjadi semasa menulis cerita ini. Punca apa yang hendak di cerita? Pasal tiang-tiang oren dan templenya dan pasa Nara yang banyak rusa? Mana cukup kalau tidak berencah. Rencah itu yang kena garap sampai jadi sebuah cerita yang menarik bagi menarik minat pembaca.
Kak Z bukanlah penulis blog yang tip top toe. Penulis blog yang teruk katanya. For me that is a good comment. As everybody know Kak Z hanya penulis hanya sambilan. Akak memang telus setiap penulisan Akak. So I write base on my experiemce. Kak Z juga ada tugasan wajib yang lain sebagai ibu dan perniagaan. Bila kita telah merantau banyak tempat. Pergi ke banyak negera kita akan bawa 2 pengalaman untuk diri kita:-
1. Pengalaman yang baik boleh jadi panduan untuk hidup kita
2. Pengalaman yang buruk yang kita kena buang jauh-jauh.
Semasa di Jepun. Kak Z melihat negara ini bersih, displin, teratur dan menepati masa. Itu Kak Z puji. Tambahan perkerjaan bahagian depan 'Front desk staff' sangat menghormati pelanggan mereka. Contoh kepada pelancong seperti kita. Tidak dinafikan orang awam pun sangat membantu pelancong macam kita kalau kita sesat. Tapi ada juga keburukan di sebalik kebaikan. Sebab nobody perfect. Ketika menaiki keretapi dari Nara ke Kyoto ada sepasang suami isteri yang tua. Keretapi sangat penuh ketika itu. Kak Z dapat tempat duduk. Tapi pasang ini tidak. Kak Z tunggu samada ada mereka akan di beri tempat duduk atau tidak. Tempat duduk Oku, ibu mengandung dan orang tua telah di penuhi oleh orang muda yang sibuk bermain handphone. Kita memahami dari airmuka dia berharap untuk dapat tempat duduk. Rasa tanggungjawab itu datang. Kak Z bangun dan beri tempat duduk kepada pasangan tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih pada Kak Z. Jadi perhatian kejap dalam train. Sampai di Kyoto station kita ni slow sikit sebab nak baca google map yang kuat menipu tu.. memang kuat menipu...hiii. Sedang berjalan ada orang dari belakang tegur. Rupanya pasangan tadi hendak menolong. Cakap itik dan ayam. Mereka hendak juga menolong. Rasa terharu. Kesimpulan banyak tempat Kak Z pergi macam-macam ada.
Fushima Inari Taisha sebuah kuil, yang terletak di Fushimi Ward di Kyoto, Jepun. Kuil ini terletak di kaki gunung yang juga dinamakan Inari yang 233 meter (764 kaki) di atas permukaan laut, dan masuk laluan gunung ke banyak kuil yang lebih kecil yang berjarak 4 kilometer dan mengambil kira-kira 2 jam berjalan kaki . Tiang-tiang oren ini di kenali dengan nama tori.
Setiap torii di Fushimi Inari Taisha telah didermakan oleh perniagaan Jepun. Struktur paling awal dibina pada tahun 711 di kaki bukit Inariyama di Kyoto barat daya, tetapi kuil itu telah pindah pada 816 atas permintaan sami Kūkai. Struktur kuil utama dibina pada tahun 1499. Di bahagian bawah bukit adalah pintu utama dan kuil utama. Di bahagian belakang kuil utama adalah gunung di atas gunung, ada tempat suci. Untuk naik ke atas korang berjalan di bawah ribuan torii. Kak Z tak mampu. Sakit lutut..
Senbon torii
Torii yang banyak-banyak ini dipanggil Senbon torii. Kegiatan mendermakan torii ni telah bermula tersebar sejak zaman Edo (1603 - 1868) untuk menunaikan hajat dan ucapan terima kasih kepada tuhan mereka. Kita pulak datang sini sebab hendak gambar sebab tori tu very artistik . Yang Islam kalau berhajat di sini boleh jadi syirik dan pada yang beragama lain boleh meneruskan niat anda.
Tempat suci ini terletak di luar Stesen JR Inari untuk Nara Line, perjalanan lima minit dari Stesen Kyoto. KaIau menaiki Keihan Electric Railway jalan kaki jauh sikit dari Stesen Fushima-Inari. Kak Z naik Keretapi JR . Sebab mengunakan JR pass. Lepas melawat Fushima Inari Kak Z meneruskan adventure ke Nara Park di Nara. 30 minit juga perjalanan dari Inari ke Nara.Tempat suci ini dibuka 24 jam dan tiada bayaran masuk.
Sampai di Nara tempat yang Kak Z cari ialah Nara Tourist Information Counter. Kenapa? Walaupun ada google maps untuk panduan. Tiada keyakinan. Pasti berlaku unsur penipuan. So jalan penyelesaian pergi information counter. Kemudian cari bus ke Nara Park. Berdasarkan tunjuk ajar encik information counter naik bus no. 2 warna kuning.
5 minit naik bus kuning dah sampai Nara Park.. belum habis mak nak berangan. Turun betul-betul di Nara Park. Dari jauh dah nampak rusa. WARNING ada bau kurang menyenangkan. Faham-fahamlah korang kat ladang rusa. Tahan ler sikit. Jalan lebih kurang 5 minit dari bus stop kita akan nampak Nandaimon Gate.
Sebelah Kiri kita kedai yang menjual pelbagai makanan dan cenderahati. Bila beli makanan sila berhati-hati bungkus elok-elok supaya rusa tidak kejar kita. Masuk ke dalam Nandaimon Gate kena jalan sikit untuk sampai Todaiji Temple.
Todaiji adalah salah satu kuil yang paling terkenal dan bersejarah di Jepun. Todaiji juga adalah mercu tanda Nara. Kuil itu dibina pada tahun 752 sebagai kuil kepala semua kuil Buddha seluruh di Jepun. Asalnya Nara adalah bandar utama. Oleh sebab terlalu sibuk bandar di pendah ke tempat lain pada tahun 784.
Dewan utama Todaiji, Daibutsuden adalah bangunan kayu terbesar di dunia, walaupun pada masa kini pembinaan semula 1692 hanya dua pertiga daripada saiz dewan kuil yang asal. Bangunan besar-besaran ini merupakan salah satu patung gangsa Buddha terbesar di Jepun (Daibutsu). Tinggi 15 meter, Buddha duduk mewakili Vairocana dan diapit oleh dua Bodhisattva.
Keluar dari Nandaimon Gate, Kak Z menuju ke Museum National Museum. Konon nak masuk muzium tapi ada bayaran. Sebelum masuk baca dulu info. Dalam muzium ada beberapa patung buddha dan gambar sahaja. maka cancel. Seberang jalanYoshikien Garden. Sebab terlupa charge bateri maka gambar garden tidak dapat di ambil. Coverage Kak Z hanya untuk kawasan Nara Park. jadi selesai tugasan Kak Z perlu balik ke Kyoto. Sebab petang tersebut perlu menghadiri suatu event di Osaka. Nara next time Kak Z datang lagi untuk explore Nara hingga Wakayama.
Nara Park lima minit berjalan kaki dari Stesen Kintetsu Nara atau sekitar 20 minit berjalan kaki dari Stesen JR Nara. Sebagai alternatif, naik bas berwarna kuning. Terdapat banyak hentian di sekitar taman.
Sebaiknya untuk datang kesini ambil masa suntuk untuk berjalan seluruh Nara. Kak Z tidak sempat. Rasa macam rugi. Sebab Nara banyak benda menarik boleh kita lihat. Kak Z baca didalam www.japan-guide.com rasa rugi datang setengah hari. Kena plan betul-betul. Jangan main redah nanti korang yang rugi
Cara datang ke Fushima Inari
Keluar dari Stesen JR Inari untuk Nara Line, perjalanan lima minit dari Stesen Kyoto. KaIau menaiki Keihan Electric Railway jalan kaki jauh sikit dari Stesen Fushima-Inari. Kak Z naik Keretapi JR . Sebab mengunakan JR pass.
Cara datang ke Fushima Inari
Nara Park lima minit berjalan kaki dari Stesen Kintetsu Nara atau sekitar 20 minit berjalan kaki dari Stesen JR Nara. Sebagai alternatif, naik bas berwarna kuning. Terdapat banyak hentian di sekitar taman.
Ok bai
Sumber:
https://www.jnto.go.jp/
http://www.japan-guide.com/
http://www.hyperdia.com/en/
https://www.facebook.com/groups/Road.To.Japan/?ref=br_rs
No comments:
Post a Comment