BAMBO GROVES, ARASHIYAMA
Terbayang-bayang buluh yang rimbu ketika berada di Bamboo Groves, Arashiyama. Rimbun betulkan kepada yang pernah sampai ke sini. Kalau lah dapat kat anak-anak Kak Z for sure jadi meriam buluh. Bergegar rumah. Nasib baik duduk kampung Melaka. Kalau duduk Kg Pandan macam dulu mesti datang polis tahan. Kemeriahan meriam buluh sudah tidak ada lagi sekarang Punca ramai pencipta meriam besi yang hilang tangan. Orang suruh buat pakai buluh ko buat pakai besi. Insoof mak...
Melalui pembacaan Kak Z untuk memasuki Bamboo Groves ada 2 tempat masuk.:-
1. Dari Tenryu-ji Temple.
2. Dari Stesen Torakko Arashiyama.
Kak Z masuk dari Stesen Torakko Arashiyama. Mencabar sikit sebab jalan tanah merah berbukit. Bukan jalan merah macam di Malaysia. Jalan ni cantiklah dan tidak berlumpur. Cuma licin sikit kalau selepas hujan jadi korang kena berhati-hati sedikit. Kalau yang bawa stroller atau naik wheel chair Kak Z cadangkan masuk dari Tenryu-ji Temple. Mudah sebab jalan lebih rata.
Apa yang Kak Z cari di sini yer? Sebab di sebalik buluh tu tanah perkuburan. Orang Jepun rasanya suka di kebumikan kat kawasan berbuluh. Kalau korang naik shinkansen dari Mishima ke Fukuoka korang akan nampak perkampungan orang Jepun. Di setiap perkampungan yang Kak Z nampak kawasan perkuburan adalah di kaki bukit dan kawasan berbuluh. Di Korea pun bergitu. Masa naik KTX dari Seoul ke Busan kawasan perkuburan mereka sama macam Jepun. Cuma di Korea ada yang besar-besar. Maybe orang kaya. Di Jepun saiz kecil..paling seram kubur orang Melayu. tettttt.... alamak cerita pasal kubur lak..
Sebenarnya nak datang waktu malam sebab nak tengok Arashiyama Hanatoro yang berlangsung pada December 8 to 17, 2017 time: .17:00 to 20:30. Akibat penakut setelah tahu di sebalik buluh ialah kubur cancel jawapannya. Maka datang siang hari. Pukul 9.30 pagi Kak Z dah sampai. Untung belum ramai orang. Hendak bergambar pun senang. Buluh-buluh di sini bukan macam Malaysia. Dia tumbuh sebatang-sebatang. Cari juga rebung dia kat mana. Tak de.. kalau arwah mak dapat ni. Masak lemak daging dengan rebung lah jadinya. Selamat ko rebung Jepun.
Mereka betul-betul jaga bamboo groves. Dia tutup kiri kanan trail supaya buluh terjaga elok. Tapi ada juga tangan yang gatal mengukir nama kat buluh. Buat malu Malaysia jer..silalah ubah-ubah perangai vandalism sebelum ke negara orang adik-adik. Aku asyik kutuk dalam hati pasal pelancong dari China buat perangai. Anak Malaysia pun buat perangai kat Jepun..maluuu..sebab tu sentiasa tutup muka.
Jalan-jalan sambil jalan berangan..nak tanam buluh depan rumah..cantik ko..lepas tu fikir semula. Baik tak payah silap hari bulan nampak mahluk UFO celah buluh tu. Tak mo..takutt. Pokok buluh di Bamboo Groves ni di jaga rapi supaya hidup sihat. Tinggi-tinggi pulak tu. Ni baru ada imej hantu galah. Dia orang buat kajian dan menjaga kawasan ini jika pokok buluh ini rosak. Kenapa? Sebab Jepun mahu mengekalkan groves ini sebagai tarikan pelancong. Kalau korang ke Jepun memang ramai pelancong. Semua rasa selamat. Itu cara Jepun menjaga pelancong yang datang. Malaysia patut contohi Jepun. Kak Z hendak berjalan sensorang di Kuala Lumpur sekarang pun takut. Dulu KL tu aku yang punya. Sekarang tidak lagi..oleh itu harap sangat penguasa kita buat sesuatu secepat mungkin.
Baru-baru ni Kak Z ke Hong Kong. Ramai orang yang berniaga sesuka hati di tepi jalan. Di Jepun kedainya teratur. Hendak berniaga tepi jalan pun di pasar karat. Masuk dari Station Torakko Arashiyama keluar di kawasan Tenryu-ji temple, tiada orang berniaga atau membuat kacau di kawasan ini. Kedai-kedai di sini memang teratur. Penarik beca pun tidak rebut pelanggan. Mereka sangat hormat dan sopan dengan pelancong. Di Malaysia what can i say.. speachless. Bukan hendak kutuk tapi memang kena perbaiki.
Balik kepada bamboo groves. Jalan didalam groves tu memang tidak panas..sebab jalan di lindungi buluh. Selepas pukul 9.30 pagi pengunjung dari arah Tenryu-ji Temple telah mula ramai. Alhamdulillah sesi mengambil gambar dah selesai. Jika tidak sesak. Kak Z cadangkan korang datang awal untuk menikmati kawasan dan bergambar dengan tenang.
Togetsukyo Bridge atau di kenali dengan "Moon Crossing Bridge" adalah mercu tanda Arashiyama yang paling ikonik. Ia pada asalnya dibina semasa Tempoh Heian (794-1185) dan paling baru dibina pada tahun 1930-an. Jambatan ini kelihatan menarik dalam kombinasi dengan pergunungan hutan di latar belakang. Katanya ada sebuah taman ditepi sungai dengan berpuluh-puluh pokok ceri terletak bersebelahan dengan jambatan. Masalah semua daun dah gugur masa aku datang. So tidak nampak pokok ceri yang ada di tepi jambatan, sungai dan yang ada hanya ranting pokok. Siapa suruh datang masa sejuk datang lah waktu blossom betul tak? Oleh korang plan betul-betul untuk tengok Cherry Blossom untuk menikmati permandangan yang cantik.
Kedai makan dan cenderahati memang banyak bila korang keluar dari bamboo grove tu. Tapi pilihan Kak Z Lawson juga. Kedai lain nak masuk takut 'ba alif ba ya'. Lepas tu kita sakit makan berpantang. Kena kurangkan daging. Ayam sure tak sembelih. Masuk lawson makan onigiri tuna dan air Van Hauten. Bagi backpacker macam akak.. kenyang dan jimat ko makan benda alaaaahh tu. Jadi tidak kelaparan lah korang di sana.
Katanya boleh sewa kimono. Ramai pelancong pakai kimono. Comel je pakai. Sopan sungguh jalan. Kak Z tak teringin nak pakai. Oversize.. Tapi teringin nak naik beca tarik tu. Memandangkan poket guwa licking tanamkan lah impian dalam bamboo groves tadi..
Habis kawasan di lawat next destination Kinkakuji temple. Naik bus aje dari Saga Arashiyama. Kalau korang ada pass. Memang jimat lah. Kak Z guna Icoca je.. sebab travel naik train dah guna JR pass. Lapi pun bukan nak travel jauh. Dokek-dokek jo..so korang kalau nak guna mana-mana pass rancang dulu perjalanan korang supaya jimat..transportation Japan mahal untuk tempat-tempat korang nak kunjungi. Malaysia masih murah. Hong kong lagi murah.
Harap korang suka baca travelog Kak Z ni. Sedikit sebanyak boleh menjadi panduan pada korang yang hendak datang sini. Next Inari dan Nara.
Cara Untuk Ke Kawasan Saga Arashiyama:-
1. Keretapi Jepun (JR)
Cara terpantas dari Stesen Kyoto ke Arashiyama disediakan oleh JR Sagano Line (juga dikenali sebagai JR Sanin Line). Satu perjalanan ke Stesen Saga-Arashiyama mengambil masa 15 minit dan kos 240 yen. Dari Stesen Saga-Arashiyama, pusat Arashiyama boleh dicapai dalam perjalanan 5-10 minit.
2. Keretapi Keifuku (Randen)
Kereta api kecil di Laluan Keifuku Arashiyama menghubungkan Arashiyama dengan Stesen Omiya di persimpangan Shijo Street dan Omiya Street di Kyoto pusat (20 minit, 210 yen). Keifuku Railways juga menyediakan akses ke Stesen Kitanohakubaicho di utara Kyoto, tidak jauh dari Kinkakuji, Ryoanji dan Kuil Ninnaji (20-30 minit, 210 yen). Kena transfer sekali di Stesen Keifuku Arashiyama terletak di tengah-tengah Arashiyama.
3. Keretapi Hankyu
Dari Stesen Kawaramachi atau Karasuma di pusat bandar Kyoto (Shijo Street), mengambil Hankyu Main Line ke Stesen Katsura dan dipindahkan ke Hankyu Arashiyama Line untuk Arashiyama. Perjalanan sehala mengambil masa kira-kira 20 minit dan kos 220 yen. Stesen Hankyu Arashiyama terletak di seberang sungai, iaitu perlu menyeberang jambatan Togetsukyo kira-kira 5-10 minit berjalan kaki dari pusat Arashiyama.
4. Dengan bas
Talian bas menghubungkan Arashiyama dengan beberapa bahagian Kyoto, namun, disarankan untuk ke Arashiyama dengan kereta api untuk mengelakkan risiko terjebak dalam kesesakan lalu lintas.
5. Dengan kereta
Datang dengan kereta tidak disyorkan kerana kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta yang terhad. Walau bagaimanapun, pengembara dengan kereta yang berminat boleh juga melawat kawasan pegunungan Takao, jalan tol Arashiyama Takao Parkway jalan yang mudah menghubungkan Arashiyama dengan Takao (1180 yen satu arah).
Ok bai
No comments:
Post a Comment