Tokyo ialah ibu negara Japan. Masa Kak Z tiba di Tokyo dari Busan, Tokyo berada di penghujung Autumn. Masih ada pokok merah dan kuning. Kalau di Korea pokok banyak dah togel. Memang cantik. So kena carilah dedaum autumn untuk puaskan hati. Sebab di Korea salji dah turun dan pokok dah botak. Antara tempatnya ialah East Garden Imperial Palace di Chiyoda city Course. Kenapa Kak Z pilih ke sini. Sebab tak ramai orang senang hendak menikmati permandangan.
Dipintu utama ramai orang terutama pelancong dari China. Susah hendak bergambar. Kak Z sampai pukul 9 pagi berjalan kaki dari Asakusa ke Chiyoda 6.5km. Serius tak rasa penat. angin sepoi sepi sepnajang perjanan. Haus pun idak.. berpeluh pun idak. Sambil jalan tengok keindahan bandar Tokyo waktu pagi. Memang best.
Public Walkway, East Garden
Map East Garden Di Pintu Masuk
Dipintu utama ramai orang terutama pelancong dari China. Susah hendak bergambar. Kak Z sampai pukul 9 pagi berjalan kaki dari Asakusa ke Chiyoda 6.5km. Serius tak rasa penat. angin sepoi sepi sepnajang perjanan. Haus pun idak.. berpeluh pun idak. Sambil jalan tengok keindahan bandar Tokyo waktu pagi. Memang best.
Autumn Di East Garden
Jalan waktu pagi jumpa orang hendak pergi kerja dan kanak-kanak hendak ke sekolah dengan berjalan kaki. Bila traffic light merah sama-sama berhenti. Kanak-kanak pergi sekolah beramai-ramai. Mak pak tak hantar pun sampai bilik darjah. Memang berdikari anak-anak diaorang. Bila lampu hijau sama-sama berjalan. Ada juga yang berbasikal. Tinggal basikal tepi jalan tidak ada yang curi. Memang menakjubkan... gayat kejap
Tidak banyak kenderaan diatas jalan raya. Serius tak de jem pun melainkan depan istana sebab kenderaan turunkan pelancong. East Imperial Garden terdiri daripada tiga kawasan utama:-
Basikal Yang Di Tinggal Tepi Jalan
1. Tōkagakudō (Music Hall)
2. Ninomaru Garden
3. Suwa no Chaya
"The East Garden adalah di mana kebanyakan bangunan pentadbiran untuk istana terletak dan merangkumi kawasan bekas Honmaru dan Ninomaru dari Kastil Edo, sejumlah 210,000 m2 (2,300,000 kaki persegi). Terletak di dasar East Garden adalah Imperial Music Hall Tokagakudo, Jabatan Muzik Lembaga Pertemuan Rumah Tangga Imperial, Arsip dan Jabatan Mausolea Imperial House Agency, struktur untuk pengawal seperti Dojo Saineikan, dan Museum Koleksi Imperial.
Beberapa struktur yang telah ditambah sejak zaman Meiji telah dikeluarkan dari masa ke masa untuk membolehkan pembinaan Taman Timur. Pada tahun 1932, kuretake-ryō dibina sebagai asrama untuk puteri imperial, namun bangunan ini telah dibuang sebelum pembinaan taman-taman ini. Bangunan lain seperti kandang dan perumahan telah dikeluarkan untuk mewujudkan Taman Timur dalam konfigurasi sekarang.
Kerja pembinaan bermula pada 1961 dengan kolam baru di Ninomaru, serta pembaikan dan pemulihan pelbagai menyimpan dan struktur dari zaman Edo. Pada 30 Mei 1963, kawasan itu diisytiharkan oleh kerajaan Jepun sebagai "Relik Bersejarah Khas" di bawah Undang-undang Perlindungan Hartanah." - sumber Wikipedia
East Garden Imperial Palace telah terbuka kepada orang ramai secara percuma selama lebih dari 45 tahun. Anda boleh memasuki taman ini dari tiga pintu masuk; Pintu Ote-mon, Pintu Hirakawa-mon dan Gerbang Kitahanebashi-mon yang boleh diakses dari Stesen Otemachi, Stesen Takebashi, dan Stesen Tokyo.
Otemaon Gate Pintu Masuk East Garden
Tepat pukul 9.05 pagi Kak Z sampai di Otemaon Gate. Pak guard dah tunggu dan minta kita tulis nama sebelum masuk. Lenggang... Taman ini kau yang punyalah.
Dari gate kita akan jumpa The Museum of Imperial Collection. Di muzium ini mengenai sejarah sejarah singkat kehidupan Putera dan Puteri Takamatsu. Banyak gambar yang dipamerkan yang memberi pengunjung pandangan tentang kehidupan Nobuhitoof Takamatsu. Foto-foto itu mengikuti hidupnya dari masa kanak-kanak, pertemuannya dengan isteri masa depannya (puteri), perkahwinan, dan peralihan ke putera berpengaruh. Beliau adalah anak ketiga Putera Mahkota Yoshihito, yang dilahirkan pada 3 Januari 1905 dan menjadi presiden bagi pelbagai organisasi dalam pelbagai bidang setelah perang dunia kedua.
The Museum of Imperial Collection
Di samping paparan fotografi, pelawat juga boleh menemui beberapa koleksi seni yang baik, yang diwariskan oleh Putera dan Puteri Takamatsu, yang memberi penerangan tentang minat mereka dalam seni. Porselin, lukisan, pakaian, dan puisi yang dicipta oleh Putera dan Puteri dipaparkan di muzium ini. Walau bagaimanapun, fotografi dilarang di sini.
Restored Wall East Garden Imperial Palace
Di sebelah muzium, pengunjung akan gembira mencari rumah kayu dengan banyak bangku yang disediakan. Cenderahati dan buku-buku yang berkaitan dengan maharaja Jepun dan keluarga imperial dijual di dalamnya. Pengunjung juga boleh menonton filem dokumentari tentang keluarga imperial yang ditunjukkan di skrin tayangan.
Daun Kering
Berikutan laluan di sepanjang kawasan Sannomaru, pelawat akan tiba di bahagian kedua taman besar ini yang dipanggil Kawasan Honmaru. Kawasan ini adalah yang paling luas dan mendedahkan pelawat ke pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam di seluruh taman. Pokok ceri, mawar, buluh, kebun, dan taman teh juga terdapat di laman web ini. Sisa-sisa rumah penjaga pintu juga boleh dilihat di seluruh kawasan Honmaru.
Di sudut kawasan Honmaru, pelawat boleh naik Pangkalan Tenshudai Donjon yang dulu menjadi menara istana utama. Pembinaan menara, yang terletak pada 58m, telah siap pada tahun 1638 di bawah arahan Shogun ke-3. Walau bagaimanapun, ia rosak pada tahun 1657. Pada masa kini, sisa-sisa menara istana digunakan sebagai dek pemerhatian.
The Foundation of the former castle tower
Di samping Pangkalan Tenshudai Donjon, berdiri Dewan Konsert Tokagakudo yang dibina pada tahun 1963 dalam peringatan ulang tahun ke-60 Maharaja Kojun. Kawasan Ninomaru adalah kawasan akhir, rumah kepada pelbagai spesies tumbuhan yang dikumpul dari seluruh wilayah Jepun, serta taman gaya Jepun.
Kak z menghabiskan masa di situ selama 2 jam. Memang kawasannya cantik. Pengunjung pun tidak ramai kerana mereka tetumpu dia Istana utama. Puas hati dapat bergambar di musim autumn.
Pintu masuk Otemon ke East Gardens adalah berjalan kaki singkat dari Stesen Otemachi di Chiyoda, Tozai, Marunouchi, Hanzomon dan Mita Subway Lines. Ia juga boleh dicapai dalam jarak 10-15 minit berjalan kaki dari Stesen Tokyo.
Atau korang boleh berjalan dari tempat penginapan korang kalau dekat dengan Chiyodo. Kak Z duduk di Asakusa. Masa perjalanan 1 jam sebab jakun tengok Tokyo.
Jam & bayaran
Jam
9:00 hingga 16:30 (sehingga 17:00 dari pertengahan April hingga Ogos; hingga 16:00 dari November hingga Februari). Kemasukan berakhir 30 minit sebelum ditutup.
Tutup
Isnin, Jumaat, Tahun Baru (28 Disember hingga 3 Jan) dan beberapa majlis khas. Jika hari Isnin atau Jumaat adalah hari cuti kebangsaan, taman-taman ditutup pada hari berikutnya.
Kemasukan
Percuma
Ok bai
Sumber:
https://www.jnto.go.jp/
http://www.japan-guide.com/
http://www.hyperdia.com/en/
https://www.facebook.com/groups/Road.To.Japan/?ref=br_rs
Assalamualaikum kak. Nak masuk garden ni, register dekat pak guard je kan? Wajib hire tour guide atau boleh jalan sendiri2?
ReplyDeleteRegister kat guard dan tak perlu guide.
Delete