24 August 2016

Resdung Kurang Dengan Cendawan Susu Harimau Asli Tigerus


Produk Cendawan Susu Harimau


Cendawan Susu Harimau? Pelikkan? Ada ke? Adalah dan jangan pelik. Sebenarnya cendawan susu harimau telah lama digunakan oleh nenek moyang kita dan Orang Asli kerana mereka cukup arif mengenai khasiat cendawan ini. Tambahan ia memiliki khasiat tidak ternilai sebagai khazanah alam yang bermanfaat untuk semua.


Bentuk Cendawan Susu Harimau Dewasa
cendawan susu harimau mengandungi tiga bahagian utama iaitu payung (cap), batang (stem) dan ubi (sclerotium).

Cendawan ini digelar cendawan susu harimau kerana kononnya hanya ditemui di hutan yang mempunyai populasi harimau. Berdasarkan kisah dongeng, cendawan susu harimau dipercayai tumbuh di atas titisan susu harimau yang jatuh ke tanah semasa menyusukan anaknya.

Kak Z tahu pasal cendawan ini dari abang Kak Z di Sungai Petani, Kedah. Dalam hati merunggut, orang tua ni betul ke tidak beli cendawan entah apa-apa ni mahal-mahal. Bila sudah tahu khasiatnya.. hambik ko melopong. Banyak khasiat terutama yang ada penyakit resdung atau masalah paru-paru. Harga jangan cakap lagi boleh tahan. Sekarang tidak perlu masuk hutan untuk cari cendawan ini sebab Ligno Biotech telah menghasilkan Pil Cendawan Susu Harimau yang asli.

Macam mana Kak Z tahu pasal Pil Cendawan Susu Harimau ni? Macam ini ceritanya. Kak Z selalu melepak dengan kak ipar Kak Z di PWTC. Dia tanya awak ada resdung tak? Ada. Dia terus bagi ubat ini. Kak Z tanya ubat apa ni kak? Ubat resdung katanya. Dia bagi 2 botol. Mana dapat ni kak? Rupanya Foundation tempat dia berkerja sedang mengadakan kerjasama dengan Ligno Biotech untuk memperkembangkan lagi pasaran ubat ini. Merasa aku dapat ubat free..masa tu jer.. bila hendak pakai lagi kena beli lah.. mana boleh paree jer..haaaa..



Dia bagi amaran pada Kak Z .. awak jangan terkejut kalau makan ubat ini. Kenapa pula? Takut rasanya hendak mencuba. Dia kata lepas makan keluar segala cecair kuning. hijua, merah, hitam  dari mulut, hidung atau mata. Dah sudah kakak ipar aku cakap macam tu lagi lah cuak hendak makan. Makan aje dia kata sebab dia pun makan. Balik rumah simpan dulu. Tidak berani hendak mencuba. Suatu hari Hakim tanya mummy ubat apa ni? Ubat resdung mak dia jawab. Dia nak cuba. Lepas dia cuba lepas beberapa minit ..hambik ko hijau keluar dari hidung.. mata berair.. kepala ting tong sikit.. Ehhh ubat apa ni.Panik jap.. tanya kak ipar pasal hal ini. Rupanya kesan dari pengambilan ubat tersebut dapat dilihat dengan serta merta.



Selepas dua hari Hakim mengunakan ubat ini, mak dia gagah makan.. cuak lagi ko.. apa lah jadi pada aku ni kang lepas makan.. jadi purpe ke hijau? haaaa.. kelakar kan? Kak Z pun makan.. ting tong kepala aku. masa tu tengok cerita Korea pelakon Rain.. Nampak Rain kepala 2.. tapi dalam hanya 2-3 minit jer. Mata gedik-gedik gatal dan hingus mula keluar. Maknanya resdung Kak Z teruk lah.. Nasib ko lah Rain kepala ko dua.

Alhamdullilah Kak Z tak tukar jadi Hulk.. Makan sampai habis sebotol. Bagi tau Kak ipar hendak beli lah kat mana. Kak ipar bagi nombor talipon Ligno Biotech. Kak Z pergi sendiri ke kilang dia. Belajar pasal ubat ini. Kali ini bukan free yer.. beli tau. Sebab Kak Z puas hati dengan kesan ubat ini. Selepas 4 botol pengunaan pil cendawan susu harimau ini memang Kak Z rasa perubahannya. Jarang mata gatal kalau makan makanan laut. Dan bulan pertama, darah haid Kak Z berketul. menunjukkan dia membersiah dalaman Kak Z. 


Bermula dari bulan Jun 2016 - August 2016, Kak Z makan baru boleg cerita di blog. Sebab Kak Z hendak cerita apakah perubahan yang akak alami supaya rakan-rakan dan pembaca tahu dan mengalami kesannya.Semua anak-anak Kak Z bagi makan pil cendawan susu harimau ni. Terutama adik, sebab adik bila bangun pagi mesti gosok hidung dia. Kak Z bagi dia makan Tiggy Cocoa, perisa coklat. Suka sangatlah. Dia kan pengemar coklat. Sekarang dah tidak gosok hidung. Dia kata adik hensome sebab hidung tak gatal...hiii

Kak Z kalau free duduk lepas-lepas malas makan pil, Kak Z akan ambil uncang. Uncang macam teh juga. Kalau mereka yang susah untuk menelan ubat, Kak Z syorkan minum yang uncang. Kesannya sama sahaja. Cuma cara pembungkusan sahaja lain. Korang jangan risau asli ke tidak cendawan tu? Asli.. sebab Kak Z dah tengok depan mata cara diaorang proses. Naik sampai ke bilik pembiakan, tempat penyimpanan dan cara memproses. Betul.. tak bohong.. serius ni..


Kalau korang hendak beli Pil Cendawan Susu Harimau ini boleh melalui Kak Z. Sebab Kak Z dan kenal dengan boss Ligno Biotech, Ng Szu Ting. Senang Kak Z oderkan sekali. Pm Kak Z di https://www.facebook.com/sazuraarahman atau whatapp 0173556542 (whatapp sahaja)

TIGERUS atau  Tiger Milk Mushroom Sclerotia, 30 pcs -RM100
TIGERUS atau  Tiger Milk Mushroom Sclerotia, 60 pcs -RM150
TIGERUS atau  TMM Tea 15 uncang - RM48
TIGERUS atau Cocoa Chewable tablets 60 pcs -RM38.00

ok bai

No comments:

Post a Comment