26 June 2013

Langkah Membuat kek kukus buah

Assalamualaikum..

hari ini saya nak share cara buat kek kukus buah..

follow langkah demi langkah.. isyallah jadi..

Bahan-bahan
Bahan A:-
250gm butter anchor
350gm gula pasir
60ml air
500gm buah-buahan campuran
200gm gram kacang walnut

Bahan B - diayak
350g tepung gandum
1 sudu kecil cream of tartar
2 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil serbuk buah pala

Bahan C
3 biji telur gred A
1/2 sudu kecil garam





visual cara membuat kek kukus buah

Cara-cara

1.       Masak gula hingga keperangan dan masukkan air perlahan-lahan biarkan sebati .
2.       Masukkan butter sehingga cair
3.       masukkan buah-buahan campuran dan kacang walnut dan kacau rata biarkan sejukkan.
4.       Bila sejuk masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga rata.
5.       Pukul telur dan garam sehingga kembang
6.       masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
7.       Masukan kedalam Loyang dan tutup dgn plastik film atau plastic yg diikat. Pasti tidak terbuka ketika mengukus.
8.       Panaskan kukus. Kukuskan selama  4jam. Jgn buka tudung pengukus ketika mengukus .
9.       Jika mahu tambah air gunakan air panas supaya wap panas tidak menganggu texture kek ketika masak.
10.   Pastikan kek di potong ketika betul2 sejuk.

Setelah kukus 4 jam....inilah hasilnya

untuk tempahan kek ini 0173556542.

garam buluh juga boleh dapatkannya dari say.

selamat mencuba...







No comments:

Post a Comment